Friday, 22 July 2016

surat cinta buat dia

Assalamualaikum..
Hari ni sebagai post pertama untuk blog yang diberi nafas baru ni (cehh, nafas baru sangatttt !) hakak nak buat throwback la.. throwback zaman mula-mula masuk u gitu.. haduiii.. nak tergelak bila ingat balik. nahhh bacalah..(heiii, jangan gelakkan kita tau, kita budak hingusan lagi time tu.)

*****


12 sept 2013

Surat cinta buat kamu-kamu di sana,

Hye, awak yang bernama accounting, awak sihat tak? saya tak berapa sihat la awak. kepala saya sakit sebab nak faham awak. boleh tak awak consider sikit untuk memahami saya? makin saya kenal awak, makin serabut rasanya kepala saya nie. alahai...susah kan jadi 'awek' awak ni.. T_T 
Tapi, please.... jangan fed up dengan saya. keep going with me okay? and i promise i'll do my best to know u better.. tolong saya untuk dapat diploma tau... sayang awakkk.. muahhh <3

oh ya awak, kirim salam juga dekat your siblings ya.. hah? awak tak tau siapa? ala...itu ha..yang selalu sangat buat saya rasa macam nak terjun tingkap! adik awak business statistic.. cakap dengan dia, jangan kejam sangat dengan saya tau...


*****

eyhhh..dahlah baca sampai sini ja.. yang lain ke bawah tu, biarlah rahsia ya.. aduiii.. nampak kan kat situ betapa tensionnya time study dulu sampaikan boleh buat luahan hati atas kertas test pad tu.. and nak dijadikan cerita, ada kawan yang minta testpad and bolehkan pula terbagi kertas yang terconteng luahan hati tu. cissss!!! malu tahap ya rabbi... kalau ada topeng batman, aku lagi rela pakai topeng tu.. terkekek kawan tu gelak ha. boleh pula kan terbagi kertas tu kat dia..aigooo

berbalik pada luahan hati tak terduga tu, ada ke patut aku minta that accounting subjek untuk cuba fahami aku?? eh kawan, siapa yang kena faham siapa sepatutnya ni? isyh isyhhh.. apa punya perangai pun tak tahulah. 

hampir 3 tahun benda ni tersorok dalam lipatan diary, bila selak-selak semula, rasa kelakar pula. boleh nangis kalau baca balik. oh ya, nak cakap juga lah, dulu masa form 5 (baiknya hati nak cerita) waktu tu tak salah tengah jawab paper chemistry, ada testpad lebih (sebab bangang sangat tak tau jawapan chemist, tu yg lebih tu) pun aku buat luahan hati juga. yang ni lagi dasyat. penuh satu helai kertas tu depan belakang.. alahaiiii.. bila cikgu lalu kat sebelah, acah-acah konon tengah tulis jawapan.. cehhhh! mujurlah masa spm tak fail kau! tapi kertas tu dah keronyok lama dah. dah kitar semula jadi kertas baru gamaknya.

yes yes i am a bad girl and i know it :p

so itu sajalah nak cerita sebenarnya. bye-bye lovelies

No comments:

Post a Comment