Saturday, 20 August 2016

MISSION! IMPOSSIBLE? POSSIBLE?

Skrin s5 ditolak dengan jari membuka folder music. Earphone sudah siap bergayut di telinga. Lagu what is love berkumandang di telinga.

Beg digalas dan dia bangun melangkah ke balai berlepas. Hood ditarik hampir ke wajah. Mood dia terbang sungguh! Sama seperti kapal terbang yang nak berlepas tu...

Dia berjalan dalam keadaan fikiran melayang. Tak sedar ada yang berjalan rapat sehinggalah..

Pakk!!

Jatuh buku nota, pasport dan tiket yang dipegang.

‘Haishh’

“Maaf.” Salah dia.

Si lelaki yang mengutip barang mereka hanya mengangguk sebelum menghulurkan barang milik dia.

Aryna ambil barang dia dengan wajah bersalah. Sungguh lah dia cuai.


“It’s okay.” Sepatah lelaki itu membalas lalu hilang dalam keramaian orang.

*****

itu dia.. entah bila aku nak sambung cerpen yang dah terperap bertahun dalam laptop ni. skrin s5 ditolak dengan jari.. s5 okay.. tahun bila pun aku tak ingat.. first time s5 launched, aku dah buat perenggan ni, tapi sampai sekrang tak bersambung.. idea cerita lain pula yang asyik datang. tapi bila buka laptop, office word dah terbentang depan mata, tangan pula tak bergerak. kosong weiii !! inikah yang dipanggil writers block??

sungguh lah aku teringin sangat nak habiskan cerpen-cerpen tak berkesudahan ni tapi otak ni macam tak boleh nak karang ayat. taip, delete taip lagi dan delete lagi. aishhh.. tambah pula tahap malas tu memang tinggi kan, jadi katak bawah tempurung lah cerpen-cerpen tu. 

dulu masa zaman sekolah rajin menulis dekat buku..(xda sapa tahu kewujudan buku tu) bila penat stop lepas tu buku tu entah ke mana perginya, semua hilang dah. masuk college, ada yang minta nak baca tapi aku tak bagi dengan alasan belum habis tulis. (memang tak habis la sebab asyik main aja kerjanya) bila dah ada laptop, malas pula dah. nilah manusia. kacang lupakan kulit! akulah tu! 

boleh tak, aku buat azam (azam akhir tahun la since tahun baru 2016 dah lepas, nak tunggu tahun baru 2017 kena tunggu lagi 4 bulan) before akhir tahun nie, aku akan siapkan at least 2 cerita? tapi masalahnya 1 cerita ni berchapter. lemah sungguh lah bila buat cerita berchapter. tapi bila nak buat cerpen which suppose cerita pendek mesti tertukar jadi cerpan (cerita panjang) and aku tak tahu nak buat klimaks! kadang tu ada opening, ada klimaks boleh pula tak ada ending. kadang lagi ada opening ada ending dan tak ada klimaks. sadis sungguh cerita-cerita aku sebab ada ja lompong! someone please fill that 'lompong'.

so yeah, wish me luck for that mission.  macam akan jadi mission impossible ja